Monday 9 February 2015

Kebaya + Kurung = Kebarung


Bagi yang berbadan gempal mungkin memakai kebaya bukanlah pilihan tepat kerana kebaya mempunyai potongan mengikut bentuk badan. Masih ada pilihan jika ingin bergaya dengan baju ala-ala kebaya iaitu kebarung. Kebarung sesuai dipakai sama ada untuk mereka yang berbadan kurus atau gempal.

Gabungan ciri-ciri kebaya dan kurung menghasilkan suatu fesyen baju yang menarik yang dikenali sebagai kebarung iaitu singkatan baju kebaya dan baju kurung. Kebarung lebih labuh dan longgar sesuai untuk mereka yang tidak menyukai baju yang mengikut cutting badan. Baju ini penuh popular pada tahun 1990an dahulu dan kini masih ramai yang meminati fesyen kebarung ini.

Saya masih ingat sekali masa pertama kali memakai kebarung ini ke tempat kerja sehingga ramai yang bertanya dari mana boleh dapat baju fesyen begini. Mungkin pertama kali melihatnya pada masa tersebut. 

Dari mana boleh tempah fesyen kebarung macam ni?  

Sunday 8 February 2015

Baju Fesyen Labuh Di Belakang Singkat Di Depan.


Baju fesyen yang nampak simple digemari oleh mereka yang sukakan kehidupan yang simple. Walaupun nampak simple tetapi untuk menjahitnya tidak begitu mudah. Fesyen yang menggabung baju dan kain ini memerlukan ketelitian semasa memotong. Jika berlaku kesilapan kain boleh rosak.

Baju fesyen labuh di belakang dan singkat di depan ini boleh dipakai dengan seluar terutama kepada mereka yang aktif bergerak ke sana ke mari. Pemilihan kain dengan warna biru gelap ini boleh sesuai juga dipakai dengan jeans. 

Bagaimana hendak menempah sebarang jenis baju fesyen? Boleh tunjukkan gambar atau bawa contoh baju. Hanya tempahan untuk individu sahaja buat masa ini. Bukan untuk tempahan pukal.

Saturday 7 February 2015

Shawl Kedut Tepi



Fesyen shawl kedut ada bermacam-macam pattern. Ada yang kedutnya di sis, di atas kepala dan juga di tepi. Fesyen shawl kedut di atas adalah pada sebelah tepi. Saya pernah tunjukkan contoh membuat kedutan seperti menjahit tapak kerongsang tudung dalam entri yang lepas. Cuma kali cara tarik benang lebih panjang dan perlu lipat sehingga 3 - 4 inci. Tukang jahit yang mahir mesti faham apa yang saya tulis. 

Kain yang saya gunakan adalah kain chiffon glitter yang tebal sedikit dari chiffon biasa, Jahitan keliling menggunakan jahit tepi halus. Pada bahangian muka hanya jahit lipat biasa sahaja.

Thursday 5 February 2015

Dress Lace & Dress Box Pleat



Dress Box Pleat



Dress Lace

Antara hasil jahitan terbaru untuk pengunjung blog ini. Jahitan box pleat dan jahitan lace pada dress.

Tak sempat nak tulis entri panjang sebab sudah lewat malam. Sudah 12.30 malam. Baju sekolah anak-anak pun belum seterika lagi. 

Ada yang minta saya adakan kelas menjahit baju. Buat masa ini saya belum fikirkan lagi. InsyaAllah satu hari nanti apabila sudah kurang sibuk.

Wednesday 4 February 2015

Shawl Cantum



Dengan mencantum atau menyambung dua kepingan kain pada pola asas shawl sama ada butterfly, halfmoon, bawal dan sebagainya mampu memberi kepelbagaian dalam pattern shawl. Caranya cukup mudah. Potong kepingan kain sama ada plain atau bercorak mengikut bentuk pola shawl dan cantumkan kedua-duanya untuk menjadi shawl. 

Untuk mencantumnya saya menggunakan jahit tepi halus sahaja. Bahagian yang timbul boleh dijadikan bahagian hadapan atau sebaliknya mengikut kehendak masing-masing. Lihat contoh yang saya tunjukkan di atas. Saya pernah tunjukkan banyak contoh dalam entri-entri yang sebelum ini untuk pelbagai lagi bentuk sambungan termasuk untuk shawl palestin, shawl oblong dan lain-lain.

Kain yang digunakan boleh sahaja apa-apa jenis seperti chiffon, lycra dan sebagainya. Bentuk dan corak sambungan mengikut kemahuan masing-masing sama ada lurus, melengkung, serong dan sebagainya.

Kebiasaannya tempahan yang banyak saya terima untuk shawl cantum atau shawl sambung ini untuk dipakai secara beramai-ramai atau berkumpulan untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis kahwin, majlis untuk program sekolah, event atau function tertentu sebagai menunjuk keseragaman antara satu sama lain. Ada yang membuat tempahan kerana untuk disesuaikan dengan tema-tema tertentu yang telah ditetapkan.

Tuesday 3 February 2015

Shawl Instant Dua Warna Berkedut



Rekabentuk shawl memang tidak ada hadnya sebagaimana kita melukis corak geometri. Dengan mencantum dua kepingan kain juga mampu menghasilkan pelbagai bentuk dan pattern shawl. Ditambah pula dengan kreativi menjahit dan tambahan pelbagai aksesori mampu menghasil sesuatu pattern shawl yang unik dan menarik.

Pilhan shawl semakin pelbagai pada masa kini sehinggakan begitu banyak shawl direka dan di ubahsuai untuk mendapat kelainan dengan design shawl yang lain.

Shawl insntat dua warna berkedut di tepi seperti di atas adalah cantuman dua warna plain dari kain chiffon. Cara menggayakan juga mudah tanpa perlu banyak melilit dan menggunakan pin.

Apa pun bentuk shawl yang direka perlu bergantung kepada tukang jahit juga untuk menjahitnya. Sekeping kain akan tetap menjadi kain jika tidak dijahit. Kebolehan menjahit adalah satu kelebihan kepada pereka shawl.

Monday 2 February 2015

Minat Tudung 3 Layer Warna Terang


Chocky Pink


Purple


Dark Brown

Warna pilihan adalah chocky pink, purple dan dark brown untuk tudung 3 layer ini. Tempahan warna-warna begini memang mudah untuk dicari kainnya kerana warna-warna biasa yang selalu dijual di kedai kain. 

Bila dah jadi tudung dan disemat pula dengan kerongsang yang berkilauan nampak cantik dan menarik pula. Tudung dengan warna-warna terang sebegini memang selalu ditempah oleh pelanggan. 

Entri kali ringkas sahaja. Hanya untuk memaparkan hasil jahitan terkini.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018