Monday 12 August 2013

Kenangan Hari Raya 2013

Balik kampung dari Bandar Baru Bangi ke Pulau Pinang pada hari Rabu seebelum hari raya. Perjalanan lancar. Dalam 3 jam dah sampai ke kampung.

Raya pertama beraya di kampung suami di Penang. Raya kedua balik Serdang, Kedah. Raya ketiga berjumpa kawan-kawan lama Sekolah Menengah Serdang Kedah. Raya ke-empat pergi ke majlis kenduri cikgu sekolah anak yang belajar di MRSM Kuala Klawang di RECSAM Penang.

Dari Penang bertolak pulang ke Bangi. Singgah di Taiping rumah Kak Mariah. Perjalanan pulang ke Bandar Baru Bangi pula traffic jam teruk. Dari Taiping ke Terowong Menora ambil masa 3 jam. Sampai Bangi pula ambil masa dalam 8 jam. Kalau ikut hati memang serik nak beraya di kampung. Gambar-gambar di bawah tetap jadi kenangan Hari Raya 2013.

Sawah padi berlatar belakang Bukit Bendera

Waktu senja

Di belakang rumah


Bersama anak-anak


Tok, Tok Wan dengan cucu

Lutfil Hadi

Aqilah dan Lutfil Hadi

Kawan-kawan lama Sek Men Serdang, Kedah

Majlis kahwin cikgu MRSM Kuala Klawang



Tuesday 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 H.


Saya mengucapkan selamat menyambut lebaran dan Hari Raya Aidil Fitri 1434 H kepada pembaca blog ini, khususnya kepada pelanggan saya sekalian. Ikhlas dari saya sekeluarga. Maaf Zahir Batin.

Monday 5 August 2013

Tudung Syria Lycra

Hari ini berjaya siapkan 8 helai tudung syria lycra untuk customer Seksyen 8. Kali ini permintaan untuk tudung syria lycra ini melebihi tudung chiffon. Hubungi saya kepada seseiapa yang berminat untuk membuat tempahan. Lihat koleksi photo di bawah.









Tudung Syria Lycra


Sunday 4 August 2013

Bila Nak Gunting Rambut?

Lutfil Hadi di Terengganu

Sedang gunting rambut

Barulah selesa rambut dah pendek.

Bila nak gunting rambut? Itulah hari-hari Lutfil Hadi anak yang bongsu aku selalu bertanya. Rambut saya dah panjang. Nantilah ibu sibuk. Itulah alasan yang aku selalu bagi. Akhirnya hari ini aku bawa Lutfil Hadi ke Seksyen 4 Tambahan Kedai Gunting Rambut Sangeevan.  Hasrat Lutfil Hadi dah tercapai. Tak perlu lagi aku nak cari alasan.  Itulah karenah anak-anak. Kalau tidak tentunya hidup ini tak meriah.

Shopping Baju Raya Di Parkson Kajang

Last minute pilih baju raya

Ini saja yang tinggal

Terlalu sibuk menjahit baju raya orang lain akhirnya baju raya sendiri pun tak sempat siap. Lagi lima hari lagi nak raya, baju anak-anak pun belum beli lagi. Keluar rumah pukul 10.30 pagi bertolak ke Kajang, punya la ramai orang. Nak cari parking pun susah. Dua tiga kali pusing akhirnya dapat juga satu tempat.Terus ke Parkson Kajang mencari baju raya. Tak banyak pilihan. Nak tak nak pilih saja apa yang ada.

Keluar dari Parkson singgah kedai kamera. Akhirnya tershopping pula kamera Nikon. Pantang ada duit sedikit macam-macam nak beli. Mungkin sebab itu tak boleh kaya-kaya. Apa-apa pun syukurlah masih dapat menikmati hidup ini dengan bergaya.

Friday 2 August 2013

Tudung Lycra dan Half Moon

Tudung lycra

Tudung half moon

Hari ini siap menjahit tudung lycra dan half moon. Siapa yang berminat boleh hubungi Kak Ros.

Thursday 1 August 2013

Tudung Syria dan Tudung Chiffon 3 Layer



Beberapa contoh tudung yang dah siap dijahit

Tudung siap untuk dipos

Alhamdulillah bulan puasa ini hampir 80 helai tudung yang customer tempah. Ada yang tempah secara pukal dan ada juga yang individu. Yang paling banyak tudung syria sebanyak 45 helai dari customer KL 9 helai dari customer dekat Bangi. Yang lain semua tudung chiffon. Gambar di atas beberapa contoh tudung chiffon 3 layer. Salah seoarang adalah customer dari Sabah. Ada juga last minit baru tempah. Mana sempat nak buat. Kalau nak juga tunggulah lepas raya. Insyaallah banyak mana pun boleh buat. 

Kepada sesiapa yang berminat nak tempah tudung di mana sahaja berada boleh call, sms atau WhatsApp Kak Ros. Kalau oversea kos pos mahal la sikit. Kalau kat Semenanjung kos pos hanya RM 6.00. 

Semoga hari raya ini lebih meriah lagi. Tak sabar nak balik kampung.



Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018