Showing posts with label tudung express. Show all posts
Showing posts with label tudung express. Show all posts

Monday 14 April 2014

Tudung Syria



Tudung syria memang simple dan ringkas.  Tidak ada awning, mudah digayakan. Boleh juga dipanggil tudung express atau tudung segera. tetap mempunyai peminatnya.  Oleh sebab itu ramai yang menggemarinya. Walaupun simple tetapi tetap bergaya apabila memakainya. 

Warna plain selalunya menjadi pilihan. Tudung ini paling mudah untuk dijahit. Lihat sendiri tutorial menjahit tudung syria yang telah saya postkan dalam entri yang lepas. Potong kain ikut pola. Kemudian jahit untuk cantumkan tudung tersebut. Kemaskan hujung kain dengan jahitan coverstitch atau jahit tepi halus. Sesiapa sahaja yang mempunya asas  menjahit tentu boleh menjahitnya. Sangat mudah.

Walaupun pelbagai fesyen tudung muncul dengan rekabentuk terbaru, tudung syria tidak pernah dilupakan. 
Selesa dipakai dan sesuai dengan kebanyakan bentuk muka. Menjaganya  pun tidak susah. Nak lipat pun senang sebab tidak ada awning. Boleh dimasukkan dicelah -celah beg kalau nak berjalan jauh atau balik kampung. Cara memakainya pun mudah. Sarung sahaja di kepala. Boleh dipakai dengan inner atau tanpa inner. 

Kepada suri rumah yang sepanjang masa berada rumah amat sesuai sekali memakai tudung syria ini. Boleh pakai semasa hendak menyidai kain di ampaian atau semasa nak keluar beli ikan di depan rumah atau semasa nak keluar beli barang di kedai.  Semua nak cepat mesti pakai tudung yang mudah.

Kepada yang bekerja pula tudung syria juga tidak ketinggalan dari segi fesyen. Boleh dipakai dengan kerongsang atau gunakan pin sahaja pun nampak kemas. Tidak perlu lagi nak cerita panjang, cubalah sendiri pakai tudung syria. Lihat muka di cermin. Muka yang nampak tembam tadi sudah kelihatan seperti bujur sirih. Tentu ramai yang tergoda.

Tuesday 17 December 2013

Jahit Tudung Syria

Gambar di bawah adalah antara beberapa contoh tudung syria yang ditempah oleh pelanggan saya. Jumlah kesemuanya adalah 39 helai yang tak sempat saya masukkan semuanya di sini. Tudung syria dengan pelbagai corak fabrik dan warna dijahit tepi dengan kemasan piping mengguna bias tape satin dan juga coverstitch atau interlock pada lilitan muka.



Kenapa Tudung Syria Menjadi Pilihan Wanita?

Tudung segera atau tudung express mudah dan cepat dipakai dan diperbuat pula dari fabrik yang tidak perlu digosok sentiasa dicari oleh wanita yang ingin cepat dan ringkas.

Bagi wanita yang berkerjaya, masa amat penting terutama sekali bila ingin sahaja keluar dari rumah di mana sebelum keluar perlu dahulu mengurus anak-anak. Apabila keluar bersama suami pula, si suami pula tentunya tidak mahu menunggu lama di mana masa begitu terhad dan suami tentu akan mula bising kerana lama menunggu.

Pada masa itu kita akan mula merasa cemas dan kelam kabut. Buat itu tak kena, buat ini tak kena dan akhirnya banyak perkara yang kita lupa.

Tambahan pula penutup kepala kita hanya ada selendang dimana kita mengambil masa yang lama dan  mecuba berkali-kali untuk memakai dan melilit di hadapan cermin tetapi tidak kemas dan tidak meyakinkan. Semuanya serba tak menjadi. Ke kiri tak betul, ke kanan pun tak betul dan mulalah persaan cemas melanda diri sambil si suami mula bertanya sampai bila nak tunggu.

Maka tidak hairanlah pilihan tudung sarung atau tudung yang cepat dipakai akan menjadi keutamaan.

Oleh sebab itu tudung syria masih digemari walaupun sudah bertahun-tahun fesyen ini berada di pasaran. Tudung syria ini mudah dipakai dan lebih menarik lagi tudung ini dipelbagai dengan fabrik seperti kapas, lycra dan sebagainya mengikut bentuk muka.

Tudung ini juga boleh dipakai tanpa perlu dipin atau disemat kerongsang. Bagaimanapun jika anda mahu menyematkan kerongsang, akan nampak lebih cantik.

Tudung ini juga ada pilihan yang labuh dan tidak labuh tidak begitu labuh. Pilihan diberi kepada pemakai mengikut kehendak masing-masing.

Ia tidak perlu digosok dan cara membasuhnya juga tidak cerewet, tidak mudah turun warna walaupun beberapa kali dibasuh mengikut jenis fabrik.

Walaupun fesyen tudung syria ini sudah bertahun-tahun berada di pasaran tetapi masih ada yang tak mengenalinya. Bagi yang mengenalinya pula terus memakainya kerana begitu mudah memakainya, cepat, simple dan ringkas. Tentunya si suami pun suka dan tak merajuk lagi. Lain kali pakai sahaja tudung jenis ni. Tak payah tunggu lama. Beli kat mana?

Kalau yang belum mencuba boleh mencuba dan pasti akan jatuh hati kerana cukup simple dan mudah malahan nampak kemas, cantik dan berseri.

Sesuai untuk pelbagai jenis bentuk muka sama ada lebar, muka kecil dan muka panjang.

Tudung Syria boleh dipakai dengan inner atau anak tudung dan ini membolehkan pemakai menggayakan mengikut kreativiti masing-masing. Muka yang bulat dan tembam akan nampak lebih berseri-seri apabila memaklai tudung Syria.

Sesuai  dipakai oleh semua golongan dan peringkat usia, tidak kira golongan remaja, pelajar, wanita bekerja atau suri rumah.

Tudung ini boleh diperolehi dengan bercorak, kosong, warna-warna terang atau warna lembut mengikut pilihan dan kesesuaian masing-masing.

Bagi mereka yang sukakan gaya ringkas, boleh memilih tudung kosong sementara jika hendak ke majlis, pejabat atau untuk keluar berjalan-jalan boleh memilih tudung dengan pilihan fabrik sendiri.

Walaubagaimanapun pilihan warna dan corak kadang-kadang amat terhad di pasaran. Jadi tidak hairan lah ramai yang membeli fabrik dengan corak dan warna sendiri dan menghantar kepada tukang jahit untuk dijahit.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018