Showing posts with label shawl instant bunga ros. Show all posts
Showing posts with label shawl instant bunga ros. Show all posts

Wednesday 10 December 2014

Nak Cuba Pakai Shawl Bunga Ros


Gambar di atas adalah gambar anak saudara saya mencuba menggayakan shawl bunga ros warna hitam. Ada tempahan dari pelanggan saya sebanyak 15 helai dengan pelbagai warna untuk shawl bunga ros ini. Warna hitam adalah salah satu warna untuk shawl bunga ros tersebut. Peminat tudung hitam meti suka dengan shawl bunga ros ini. Hari-hari asyik pakai bawal hitam sahaja. Sekali sekala apa salahnya tukar selera.  Mesti berkenan di hati selepas ini.

Gambar diambil di dalam kedai.  Musim cuti sekolah ini ramai sanak sudara datang berkunjung. Kali ini terpaksa datang ke kedai kerana banyak masa saya dihabiskan di kedai. Bukan sahaja sanak saudara yang datang tetapi pengunjung juga ramai yang datang semata-mata untuk berbincang tentang fesyen dan bisnes tudung. Ini kelebihan jika ada kedai berbanding di rumah. 

Untuk warna-warna yang lain saya akan update kemudian. Untuk datang ke kedai mesti message dahulu kerana grill depan berkunci. Saya pun tak berani untuk biarkan pintu terbuka begitu sahaja. 

Sunday 30 November 2014

Shawl Bunga Ros Pelbagai Warna

Ada sahaja tempahan terhadap shawl bunga ros ini. Ada beberapa lagi tempahan menanti untuk dijahit. Kali ini saya update shawl instant bunga ros ini dengan pelbagai warna yang menjadi pilihan pelanggan.







Kali ini tak ada cerita dalam entri. Cukup tunjuk gambar sahaja sahaja. Bunga ros pada shawl saya bentuk sendiri dan terus jahit. Untuk siapkan satu shawl bunga ros ini akan memakan masa sedikit berbanding fesyen shawl yang lain.

Akhir-akhir ini semakin ramai yang datang untuk berjumpa. InsyaAllah boleh sahaja tetapi hantar message dahulu kerana kadang-kadang saya tiada di rumah.

Friday 14 November 2014

Minat Shawl Instant Bunga Ros


Shawl instant bunga ros ini adalah dari tempahan terbaru pelanggan saya. Warna pink menjadi pilihan sesuai dengan jiwa wanita yang sukakan kelembutan dan keceriaan.Warna pink amat sesuai untuk menjalinkan hubungan sosial yang santai tetapi tidak begitu sesuai untuk hubungan profesional. 

Warna pink juga boleh dipadan dengan motif bunga pada pakaian. Cahaya pink yang timbul dari tudung menampakkan wajah pemakainya yang cerah dan kelihatan jelita sekali. Memang sesuai untuk gadis-gadis remaja yang suka bergaya dan ingin mendapat perhatian.

Tudung instant bunga ros ini kerumitan menjahitnya hanya pada bunga ros itu sendiri yang perlu dibentuk sendiri dan mengambil sedikit masa untuk dijahit. Kalau menjahit dalam kuantiti yang banyak perlu mengambil masa. Untuk menjahit tudung ini saya perlu menjahit sendiri dan kalau menjahit untuk kuantiti yang banyak perlu mengambil masa untuk menyiapkannya. 

Testimonial dari pelanggan merupakan penghargaan kepada hasil kerja saya yang memberikan semangat kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru. 


Selepas ini akan menyususl tempahan yang lain dengan kain yang dihantar sendiri pula. Alhamdulillah. 

Walaupun saya tidak update blog ini beberapa hari, tempahan dan pertanyaan datang tidak putus-putus. Ini adalah kelebihan yang ada pada blog berbanding medium yang lain. Tempat untuk mempromosi bisnes, berkongsi pengalaman dan menjana pendapatan. Entri yang saya tulis setahun yang lepas masih dibaca dan dijadikan rujukan. Masih segar dan mendapat perhatian.

Terima kasih kepada pelanggan saya ini yang membenar gambarnya dikongsi di sini..

Wednesday 22 October 2014

Shawl Pilihan Pelanggan

Tempahan yang paling banyak diterima adalah jahit tepi shawl yang dihantar secara pukal. Selain daripada itu tempahan dari pelanggan untuk kegunaan sendiri sentiasa diterima.

Memang sukar untuk memenuhi permintaan yang pelbagai ini dengan design yang bermacam-macam sehinggakan kadang-kadang saya terfikir untuk menghadkan kepada fesyen-fesyen tertentu sahaja. Ada yang memujuk dan ada yang sanggup menunggu untuk minta saya jahitkan juga mengikut fesyen pilihan mereka sendiri. Kadang-kadang saya pun tidak ada idea bagaimana hendak menjahitnya kerana tidak pernah mencubanya sebelum ini. Melakar fesyen di atas kertas lebih mudah berbanding untuk menjahitnya. Perlu dicuba berkali-kali untuk mendapat design seperti yang dikehendaki.

Menjahit perlukan ketelitian, kesabaran dan fokus sepertimana memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Jika dilakukan secara tergesa-gesa dan hendak cepat memang tidak akan berjaya. Oleh sebab itulah kadang-kadang saya menolak untuk fesyen yang rumit dan memakan masa.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa tempahan shawl pilihan pelanggan untuk minggu ini. Shawl instant menjadi pilihan berbanding tudung 3 layer dan tudung lycra berdagu.

Shawl Instant Butterfly Berawning Putih



Shawl Instant Bunga Ros




Shawl Instant Kedut Kain Satin



Shawl Instant Syria Lipan

Hanya beberapa warna ditunjukkan di sini kerana warna-warna yang lain sudah ditujukkan pada post sebelum ini.







Tempahan sekarang ini sudah merentasi sempadan Malaysia. Ramai peminat shawl rupanya di mana-mana sahaja.

Kadang-kadang terasa juga untuk mengurangkan aktiviti blogging ini tetapi apabila melihat trafik pada blog semakin meningkat terasa sayang pula jika tidak ada entri terbaru.

Wednesday 1 October 2014

Shawl Instant Bunga Ros



Akhir-akhir ini memang banyak pertanyaan tentang shawl instant. Untuk shawl instant bunga ros ini sedikit rumit untuk membentuk bunga ros itu sendiri kerana kuntum bunga ros yang sudah siap tidak ada dijual. Oleh sebab itulah mengambil sedikit masa untuk membuatnya.  

Saya sudah pernah postkan entri berkaitan shawl instant bunga ros ini. Ini adalah tempahan terbaru untuk shawl instant bunga ros ini. Warna shawl merah dengan bunga ros biru adalah permintaan dari pelanggan sendiri. 

Banyak sudah saya postkan pelbagai fesyen shawl dan tudung dalam blog ini. Blog ini dah jadi macam album pula untuk koleksi tudung dan shawl. Apa-apa pun tetap menarik untuk dijadikan rujukan.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018