Showing posts with label shawl berawning. Show all posts
Showing posts with label shawl berawning. Show all posts

Thursday 11 December 2014

Trend Memakai Shawl Semakin Meningkat




Shawl Berawning

Saya tidak membuat suatu tinjauan secara khusus berkaitan perkara ini tetapi berdasarkan pertanyaan dan permintaan daripada pelanggan setiap hari saya merasakan trend memakai shawl semakin meningkat pada masa kini. Butik-butik terkenal yang fokus kepada produk dan fesyen tudung tertentu sahaja mula memikirkan untuk menghasilkan shawl mereka sendiri. 

Lihat sahaja di sekeliling kita. Daripada ramai wanita yang kita temui kebanyakan mereka memakai shawl sama ada shawl bawal, shawl empat segi biasa atau shawl berfesyen. Anak-anak remaja, pelajar-pelajar kolej serta mereka yang bekerja sekarang sudah pandai bergaya dengan fesyen shawl yang pelbagai jenis. Ini berdasar pemerhatian saya secara umum. Ini adalah peluang kepada peniaga-peniaga tudung untuk menjual shawl disamping tudung sahaja.

Hari ini negeri Selangor bercuti. Saya ke kedai seperti biasa. Ada sahaja yang datang bila saya membuka kedai. Hari ini ada pelanggan dari Seremban. Walaupun hari cuti untuk yang bekerja makan gaji, saya masih bekerja macam biasa. Anak-anak mengajak pergi ke Pesta Buku Big Bad Wolf  2014 yang diadakan di The Mines, Seri Kembangan tetapi saya tidak pergi. Banyak tempahan yang perlu saya siapkan. Lagi pun saya memang cepat bosan kalau pergi ke tempat macam tu.  Anak-anak pergi dengan suami sahaja.  

Saya memang tidak minat membaca. Kalau membaca pun hanyalah bacaan-bacaan ringan yang dipost melaui facebook atau whatsapp sahaja. Macam mana nak membaca. Bangun pagi sahaja terus memasak kemudian terus dengan aktiviti menjahit sehingga ke malam. Sibuk terlampau. Kalau mengikut kajian daripada Perpustakaan Negara Malaysia, rakyat Malaysia kurang minat membaca dan yang terendah antara negara di Asia, saya salah seorang daripadanya.

Gambar di atas adalah tempahan shawl berawning daripada pelanggan saya. Menjahit lebih seronok daripada membaca.

Thursday 9 October 2014

Shawl Instant Lycra Berawning




Shawl dengan tambahan awning juga adalah dalam kategori shawl instant kerana mudah dipakai. Setiap orang mempunyai citarasa masing-masing. Ada yang tidak suka awning dan ada pula yang memilih awning untuk shawl atau tudung. Pilihan masing-masing tidak perlu dipertikaikan. Kedua-duanya jika pandai memadannya dengan bentuk muka dan pakaian yang dipakai tetap kelihatan cun, cantik dan jelita. 

Shawl lycra instant berawning di atas menjadi pilihan pelanggan untuk hari raya aidil adha yang lepas. Alhamdulillah sampai ke tangan tuannya sebelum hari raya lagi. Warna pink terang dan hitam menjadi pilihan kerana untuk disesuai dengan baju yang sudah siap dibeli. 

Selain chiffon, kain lycra juga menjadi pilihan ramai kerana tahan lasak, mudah dijaga dan sejuk apabila dipakai. InshaAllah saya akan kongsi banyak lagi fesyen shawl dan tudung dalam blog ini. 

Blog ini dah jadi macam album gambar pula. Entri pun semakin pendek-pendek sekarang ini kerana Kak Ros semakin sibuk menjahit dan melayan pelanggan yang datang sampai tak sempat untuk menulis entri yang panjang-panjang macam dahulu. InshaAllah kalau banyak masa nanti saya akan tulis entri yang panjang pula terutamanya berkaitan pengalaman saya menjahit. 

Ada yang suka tengok gambar sahaja tetapi ramai juga yang minat membaca. Kalau ada kedua-dua sekali dalam blog tentunya ini lebih baik.  Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday 20 July 2014

Koleksi Tudung Raya 2014 Tempahan Pelanggan

Paparan tudung di bawah adalah beberapa contoh tempahan dari pelanggan. Memandangkan hari raya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, tempahan menjahit tudung akan di buka semula seminggu selepas hari raya.

Di bawah adalah contoh-contoh hasil jahitan yang dibuat oleh pelanggan. Tudung 2 layer, 3 layer, lycra dan tambahan awning pada shawl tetap menjadi pilihan pelanggan sempena musim perayaan ini.

Untuk membeli tudung sila rujuk kepada entri yang terdahulu di bawah.

Beli tudung 3 layer (Klik di sini)
Beli tudung Lycra (Klik di sini)

Tudung 3 Layer






Shawl Berawning



Tudung 2 Layer












Tudung Lycra






Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018