Showing posts with label peplum. Show all posts
Showing posts with label peplum. Show all posts

Thursday 27 March 2014

Tempahan Fesyen Peplum Terkini

Peplum fesyen terkini dengan butang berbalut di belakang


 Lagi fesyen peplum terkini

Alhamdulillah, akhirnya dapat kembali semula ke Bangi. Tidak banyak hendak dicoretkan sepanjang bercuti di kampung. Cuaca panas dan kering di kampung. Sepanjang hari dihabiskan dengan beristirehat sahaja sambil melihat anak-anak bermain layang-layang di dalam bendang yang kering kontang. Hanya hari ketiga anak-anak mengajak pergi ke Pasar Chowrasta  di Pulau Pinang mencari novel-novel terpakai. Perjalanan ke Pulau Pinang melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang pergi dan balik. Pergi waktu petang dan balik pada waktu malam. Ingin merasai pengalaman baru melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang pada waktu siang dan malam. Tol masih lagi percuma.

Pada paginya pergi ke Sungai Petani untuk mencari kain-kain untuk membuat tudung. Kain yang dicari adalah yang tidak ada stok di sini terutamanya kain chiffon putih yang sudah habis stok di Jakel KL dan juga kain lycra sherwood green yang juga tiada stok di Jakel KL. Ada beberapa tempahan dari pelanggan yang terpaksa ditangguhkan kerana tiada stok kain tersebut.

Sampai di rumah, tidak boleh berehat  panjang. Ada sahaja pelanggan yang menghantar message ingin berjumpa. Gambar baju di atas di atas adalah tempahan dari pelanggan dengan fesyen peplum terkini untuk menghadiri majlis kahwin.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Mood bercuti masih terasa kerana anak-anak masih bercuti. Selepas ini tidak lagi boleh berehat panjang kerana tempahan hari raya sudah mula diterima.

Saturday 2 November 2013

Jahit Peplum

peplum

Pilihan pelanggan untuk tempahan menjahit  kali ini adalah fesyen peplum.

Fesyen peplum ini sebenarnya bukanlah baru. Ia sudah terkenal dan menjadi kegemaran ramai sejak tahun 60-an lagi. Baju peplum yang juga dikenali sebagai baju potongan kembang payung atau baju potongan A (A cut) berbentuk kembang di bahagian pinggang. Fesyen peplum masih menjadi pilihan wanita sehingga ke hari ini kerana gayanya yang elegan dan sesuai untuk majlis-majlis keramaian dan pesta.

Fabrik biasanya dari jenis nipis  dan boleh digayakan dalam bentuk labuh atau singkat. Sebagai wanita Islam, pilihlah fesyen melepasi bahagian punggung supaya tidak terlalu mencolok mata.

Monday 29 July 2013

Menerima Tempahan Menjahit Pakaian Wanita

                                                            Baju yang siap dijahit

Entri yang pertama ini saya ingin membuat promosi berkaitan perkhidmatan yang saya sediakan. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan baju kurung, baju moden, shawl, tudung chiffon dan lycra, langsir, baju melayu termasuk juga kursus menjahit baju dan tudung. Saya sedia menerimanya secara pukal atau individu. Bawa atau pos sahaja contoh baju bersama kain yang nak ditempah.

Saya juga menyediakan kursus menjahit baju, tudung dan langsir. Nak tukar awning tudung dan tukar zip pun boleh.

Lokasi di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Boleh hubungi Kak Ros di 017-4315193 atau 03-89289970 atau datang sendiri ke rumah Kak Ros.

Kualiti terjamin. Biasanya pelanggan tersenyum puas bila pulang.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018