Showing posts with label baju fesyen. Show all posts
Showing posts with label baju fesyen. Show all posts

Monday 23 February 2015

Baju Fesyen & Baju Pengantin



Tempahan paling mudah untuk baju fesyen sama ada dengan memberi baju contoh atau menghantar gambar melalui whatsapp. Saya akan melihat dahulu fesyennya dan jika semuanya ok termasuk bersetuju dengan harganya bolehlah datang ke kedai untuk menghantar kain untuk dijahit.

Ramai dari kalangan remaja sekarang begitu mudah untuk memilih baju berfesyen. Begitu juga ketika hendak memilih baju untuk majlis pertunangan atau ketika hari perkahwinan. Banyak pilihan boleh dibuat pada masa sekarang. Hanya dengan menggunakan engine carian seperti google image, banyak fesyen pilihan boleh dijumpai Taip sahaja di kotak google image akan muncul pelbagai jenis fesyen pilihan. Pilih sahaja fesyen yang berkenan di hati an terus boleh hantar image gambar tadi kepada tukang jahit melalui aplikasi whatsapp, telegram dan sebagainya untuk membuat tempahan menjahit. Begitu mudah sekali berbanding masa dahulu yang terpaksa mencari dari satu butik ke butik yang lain. Kadang-kadang sudah berjumpa dengan fesyen pilihan, ukuran pula tidak sesuai dengan bentuk tubuh badan. Melepas begitu sahaja.

Baju pengantin di bawah juga ditempah melalui contoh gambar. Semuanya serba mudah jika sudah berminat.


Beberapa contoh fesyen dress dan jubah yang sudah siap dijahit.



Semakin ramai yang booking untuk tempahan hari raya nanti. Nampaknya tempahan menjahit untuk hari raya ini terpaksa ditutup lebih awal. Mungkin sebulan sebelum hari raya.

Thursday 3 April 2014

Tempah Dress Fesyen Macam Dalam Gambar



Kali ini tempahan dari pelanggan adalah dress fesyen seperti dalam gambar. Begitulah tempahan dari pelanggan sekarang. 

Ada juga yang hantar gambar minta saya  jahit dan sediakan kain sekali. Memang saya tidak boleh sediakan kain untuk pelanggan. Pelanggan perlu bawa sendiri kain untuk tempahan baju yang dikehendaki.

Saya tidak sediakan kain untuk tempahan baju kerana saya tidak mahu nanti bila sudah siap, kain yang digunakan tidak memenuhi citarasa pelanggan. Pelanggan tidak mahu ambil baju yang sudah siap. Saya tidak mahu rugi di situ. 

Jika pelanggan yang bawa kain sendiri, sudah ada komitmen daripada pelanggan untuk mengambil baju tersebut. Yang keduanya saya tidak mahu membuang masa mencari kain yang entah ada atau tidak di kedai-kedai kain. Bukan senang untuk mencari kain yang dikehendaki terutama yang bercorak sama seperti dalam gambar yang ditunjuk. Kalau untuk tempahan untuk tudung mungkin saya boleh carikan terutamanya kain jenis plain tetapi tidak untuk baju.

Seperti entri yang lepas jika ingin menempah baju seperti gambar, saya perlu melihat dahulu gambar tersebut sama ada saya boleh buat atau tidak. InsyaAllah boleh bincang dahulu. Kalau nak 'tailor made' seperti fesyen yang dikehendaki harga pun mestilah tidak sama macam harga biasa.  

Wednesday 2 April 2014

Tempah Baju Fesyen




Ramai yang berminat dengan baju fesyen. Banyak sekali saya menerima tempahan untuk baju fesyen ini. Kebanyakan menghantar gambar dan minta tempahan seperti dalam gambar. Ada yang membawa contoh baju. Ada juga yang membawa gambar itu sendiri. Mungkin dicetak dari gambar di internet.

Kebiasaanya saya perlu melihat dulu gambar baju fesyen yang diminta. Kalau ada contoh baju lebih senang untuk dilihat berbanding gambar. Jika tempahan yang diminta adalah baju yang biasa dibuat seperti baju kurung moden, dress, jubah dan blouse saya tidak akan menolaknya kecuali fesyen tersebut terlalu berfesyen mungkin sukar sedikit saya hendak terima. 

Walaubagaimana pun boleh sahaja hantar gambar dahulu. InsyaAllah mungkin boleh buat. Setakat ini saya masih terima tempahan. Setiap hari ada sahaja tempahan menjahit baju. Kalau berminat boleh hubungi Kak Ros. 

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018