Wednesday 9 March 2016

Tema Batik Untuk Majlis Kenduri




Memang menjadi kebiasaan  sekarang bila ada majlis kenduri, adik beradik dan penyambut tetamu akan pakaian dengan tema yang sama. Lelaki dengan baju batik atau baju melayunya. Perempuan pula dengan dress dan tudungnya. Tema yang sama menjadikan majlis bertambah meriah. Tetamu dan adik beradik yang jauh dapat mengenali siapa keluarga tuan kenduri dan mungkin ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi.

Begitulah tempahan mengikut tema yang biasa saya terima terutamanya bila ada cuti sekolah yang akan banyak majlis kenduri diadakan. Tempahan baju batik yang simple dan berlengan pendek memang selesa ketika menguruskan tetamu yang datang. Tidak panas dan memudahkan pergerakan terutamanya untuk lelaki. Baju begini bukan boleh dipakai sekali sahaja tetapi juga boleh dipakai di hari-hari yang lain. Tidak rugi menempahnya.

Akhir-akhir ini tempahan menjahit baju masih lagi untuk majlis-majlis perkhawinan dan pakaian untuk hari-hari biasa sahaja. Walaubagaimana pun sudah ramai yang membuat booking untuk tempahan hari raya. Ada yang bertanya bila hari akhir saya mengambil tempahan untuk hari raya 2016. Saya tidak pernah set apa-apa target date lagi. Biasanya saya terima sehinggalah saya merasakan perlu menolak jika tidak mampu siapkan dalam masa yang ditetapkan iaitu seminggu sebelum hari raya. 



No comments:

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018