Saturday 14 March 2015

Balik Kampung


Saya akan balik kampung mulai hari Ahad, 15.3.2015 hingga Khamis ini, 19.3.2015. Sebarang pertanyaan mengenai tempahan menjahit boleh hubungi no telefon saya. InshaAllah saya akan cuba menjawab. 

Sebarang tempahan yang belum siap saya minta tangguh dahulu. Tak sempat nak siapkan semua. Saya akan cuba siapkan secepat mungkin selepas ini. Jika ada tempahan yang sudah lama dibuat harap maklumkan kepada saya. Mungkin saya terlepas pandang. 

Sudah lama saya tak pulang ke kampung sejak hari raya haji yang lepas. Beberapa kali cuti sekolah termasuk pada bulan Disember yang lepas terpaksa saya tangguhkan kerana memberi keutamaan kepada tempahan pelanggan. Saya bekerja siang dan malam untuk siapkan tempahan. Saya perlu berhenti sebentar dari menjahit untuk melawat dan bertanya khabar keluarga di kampung. InshaAllah setiap tempahan akan disiapkan dengan kadar segera selepas saya balik semula ke sini nanti. Sabar ya.

Aktiviti menjahit saya selepas ini akan menjadi lebih sibuk kerana tempahan  untuk hari raya 2015 sudah mula diterima. Tidak kurang juga yang sudah booking dari awal. Beberapa gulung kain untuk tempahan shawl juga sudah sedia menanti. 

Balik ke kampung adalah peluang saya untuk berehat sekejap dari menjahit. Masa untuk saya melawat saudara mara dan membawa anak berjalan-jalan. 

Blouse dan shawl instant yang saya sempat siapkan untuk saya pakai semasa pulang ke kampung nanti. Jika setiap hari saya menjahit untuk pelanggan, perlu juga sesekali menjahit untuk diri sendiri pula. 






Jumpa lagi pada Jumaat ini.

Friday 13 March 2015

Tudung Twist Lycra Plain & Bercorak








Tudung twist lycra sama ada bercorak atau plain dicari oleh mereka yang sukakan kesederhanaan dalam berpakaian. Tidak terlalu berlebihan dalam berfesyen tetapi tetap bergaya. Sesuai sipakai sebagai pakaian seharian atau untuk berjalan-jalan. Tetap nampak bergaya untuk ke majlis-majlis atau ke pejabat.Tudung ini sesuai dipakai dengan kebanyakan jenis fesyen baju seperti jubah, baju kurung dan lain-lain.

Tudung twist ini dibuat dari kain lycra dan tanpa pelapik bagu. Kemasan keliling tudung pula dijahit dengan jahitan coverstitch. Awningnya adalah dari jenis soft awning dari kain yang sama dengan tudung.

Tudung twist ini seperti tudung biasa sahaja di mana polanya saya design dan adjust sendiri mengikut kehendak pelanggan di mana ianya tidak terlalu labuh. Sesuai untuk mereka yang tidak mahu tudung yang terlalu labuh. Kain lyca plain dan bercorak boleh dibeli di mana-mana kedai kerana kebanyakannya menjual kain lycra. 

Cara menjahitnya sama sahaja lengkahnya seperti yang saya tunjukkan pada beberapa tutorial tudung lycra pada beberapa entri yang lepas. Cuma polanya sahaja yang sedikit berbeza.

Wednesday 11 March 2015

Tempah Baju Batik



Sebelum saya berpindah ke kedai, saya hanya menjalankan operasi menjahit di rumah. Pelanggan yang datang untuk mendapat perkhidmatan kebanyakan mengetahui melalui online sahaja. Melalui blog ini. Mereka yang mempunyai akses kepada internet sahaja mengetahui perkhidmatan yang saya sediakan. Kebanyakan datang apabila mereka membuat carian melalui search engine seperti google.

Kini apabila saya membuka kedai jahit saya bukan sahaja dapat memikat pelanggan secara online tetapi juga secara offline. Ada yang mencari perkhidmatan menjahit lebih suka mencarinya secara offline berbanding online. Kalau dahulu saya melakukan operasi menjahit di rumah tidak semua yang suka datang ke rumah. Mungkin segan atau malas mencari lokasi rumah saya. 

Baru-baru ini saya diserbu oleh pelajar dari UKM untuk tempahan menjahit baju batik. Tiga belas orang semuanya. Mereka adalah dari group PALAPES UKM yang perlu berpakaian batik untuk function mereka nanti. 

Hanya melalui penyampaian dari mulut ke mulut mereka akhirnya mengetahui tentang perkhidmatan menjahit yang saya sediakan. 

Untuk menyebarluas perkhidmatan menjahit yang saya sediakan saya perlu mempromosinya secara online dan offline. Saya perlu bersedia menjadi seorang usahawan berbanding hanya sebagai tukang jahit. Banyak lagi yang saya perlu belajar,

Monday 9 March 2015

Shawl Batik Canting


Batik canting atau batik lukis amat digemari oleh peminat-peminat fesyen. Selain daripada baju batik canting mula meresapi fesyen-fesyen pada shawl. Ciri-ciri istimewa yang ada pada batik canting adalah lakaran motif yang terdapat pada batik tersebut. Motif yang paling diminati adalah motif berbentuk lakaran floral seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Selain daripada itu lakaran bebas berbentuk motif abstrak juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri bergantung kepada tafsiran masing-masing.

Keistimewaan mencanting batik sendiri adalah satu kelebihan sebagaimana pelanggan saya ini. Daripada kain kosong menghasil corak batik yang menarik dan seterusnya terhasil shawl yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kalau dahulu mencanting hanya dilakukan di rumah tetapi kini sudah mempunyai bengkel cantingannya sendiri. Saya pernah memaparkan fersyen shawl batik canting ini dengan beberapa corak motif yang menarik pada entri yang lepas. 

Motif cantingan bercorak abstrak ini memang menarik dengan warnanya yang pudar sesuai untuk dipakai dengan pelbagai jenis pakaian. Apa salahnya sesekali menukar selera mencuba pula shawl batik canting ini.

Sunday 8 March 2015

Shawl Kain Sari


Citarasa bertudung setiap wanita tidak sama terutamanya untuk wanita moden dan gadis remaja. Oleh sebab itu trend bertudung sentiasa mempunyai kepelbagaiannya. Perminta terhadap tudung atau shawl bukan sahaja dari segi rekabentuknya tetapi juga jenis kain, warna dan coraknya.

Tudung atau hawl bawal sudah lama dipakai oleh golongan wanita dan remaja. Walaupun demikian trend memakainya sehingga kini masih popular. Ada yang lebih selesa memakainya daripada dahulu sehingga sekarang walaupun terdapat kepelbagaian fesyen dan tudung instant pada masa sekarang.

Oleh sebab itu permintaan terhadap shawl yang biasa ini tetap ada dan mendapat tempahan dari pelanggan. Misalnya pelanggan saya ini memilih shawl bawal utnuk tempahan tetapi dengan kain jenis sari.  Ada permintaan ramai katanya dan menjadi trend pula untuk shawl bawal sari ini.

Peminat-peminta shawl atau tudung bawal mungkin boleh mencuba untuk memakai shawl bawal sari pula selepas ini.

Kat mana nak beli kain sari ini?

Boleh cuba cari kat kedai kain India.

Friday 6 March 2015

Baju Kurung Moden Untuk Pergi Kenduri.


Hari ini saya ke Seremban untuk ke majlis kenduri kahwin. Sempat jahitkan sehelai baju kurung moden untuk dipakai. Baru sahaja siap jahit. Kebiasaannya macam itulah kalau jahit baju sendiri. Sekarang sudah bersiap untuk pergi makan kenduri. 

Tak rugi kalau pandai menjahit. Sekurang-kurangnya boleh menjahit baju kurung. Keseronokan dan kepuasan akan datang sendiri apabila melihat hasil jahitan sendiri.

Anak saya kata macam baju Frozen. Ada ka Frozen pakai baju kurung?

Thursday 5 March 2015

Tudung Bawal 2 Layer Bercorak









Kepada penggemar tudung bawal mungkin boleh pertimbangkan untuk memakai tudung bawal 2 layer pula.

Entri ini untuk pamerkan gambar tudung sahaja. Terlalu banyak komitmen untuk siapkan tempahan akhir-akhir ini. 

Tuesday 3 March 2015

Baju Kurung Sequin



Memakai baju yang berkilauan dan berkemerlapan bakal menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Dari jauh sudah nampak kilauan apabila disambar cahaya matahari atau cahaya lampu di waktu malam.  Kepada peminat baju yang  mempunyai kesan kilauan ini boleh memikirkan untuk meamakai baju yang dijahit dengan sequin sebagaimana permintaan pelanggan saya ini. 

Di mana nak dapatkan sequin ini? 

Kebanyakan kedai kain ada menjual sequin ini dengan pelbagai bentuk dan fesyen. Pilih sahaja yang mana berkenan dihati.  Baju yang saya tunjukkan di atas adalah baju kurung moden dengan dipasang sequin pada bahagian bawwah baju dan pada hujung tangan.

Nak tahu apa itu sequin boleh baca entri saya yang lepas yang saya postkan untuk shawl jahitan sequin.

Monday 2 March 2015

Shawl Instant 2 Muka




Shawl instant 2 muka direka untuk memudahkan peminat shawl memakainya dengan cara yang mudah dan cepat. Cara memakainya cukup mudah. Sarungkan bentuk sarung muka yang pertama dan seterusnya sarungkan bentuk sarung muka yang kedua seperti memakai hoodie. Perbetulkan shawl untuk mendapat kemasan yang shawl yang menarik. Selesai memakai shawl tanpa mengguna sebarang pin.

Cara menjahitnya tidak susah. Lihat pada gambar yang saya tunjukkan sidah faham cara menjahitnya tanpa memerlukan sebarang pola. Untuk bahagian atas pada muka saya mengguna jahit lipat biasa sahaja. Kemasan sekelilingnya pula mengguna jahit tepi halus. Material yang digunakan adalah lycra moss crepe. Jenis kain yang lembut sejuk dan meri. Sejuk dan selesa. Mudah dijaga dan tidak berkedut. Kebanyakan kedai kain ada menjual kain jenis ini.

Peminat shawl instant boleh mencuba untuk memakai shawl instant ini pula. Boleh jahit sendiri kalau rajin. 

Sunday 1 March 2015

Baju Menyusu






Masalah yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan anak adalah ketika berada di luar rumah. Pilihan pakaian yang sesuai untuk menyusukan anak memang sukar dicari tambahan pula yang bersesuaian dengan bentuk tubuh badan terutamanya selepas mempunyai anak kecil. Untuk bergaya dan dalam masa yang sama dapat menyusukan anak memerlu memilih baju mempunyai bukaan di bahagaian dada.

Saya pamerkan tempahan pelanggan untuk baju menyusu kali ini iaitu dress menyusu dan baju kurung menyusu. 

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018