Tuesday 22 July 2014

Projek Menjahit Selepas Raya


Walaupun hari raya tinggal beberapa hari lagi pertanyaan terhadap tempahan menjahit shawl, tudung dan baju terus mendapat pertanyaan. Ada pengunjung yang baru berjumpa dengan blog ini mendapat idea untuk menjalankan bisnes menjual tudung dan shawl. Oleh sebab itulah pertanyaan demi pertanyaan diterima setiap hari.

Tudung atau shawl merupakan keperluan asas untuk wanita muslim. Sentiasa akan dibeli dan dipakai sepanjang masa. Tidak kira semasa perayaan atau tidak. Oleh sebab itu ianya menjadi suatu bisnes yang amat menguntungkan. Jika kena strateginya cara menjualnya, ianya mampu memberi pulangan yang lumayan.

Tambahan pula design fesyen shawl dan corak berserta warna yang menarik, digayakan pula oleh model yang jelita dengan kualiti jahitan yang kemas dan cantik mampu menggoda wanita dan gadis untuk mendapatkannya.

Seorang pelanggan saya yang membaca blog ini terus membeli kain dan menghantar kepada saya untuk dijadikan shawl. Bermula hanya dengan 10 helai shawl. Akhirnya kini berniaga shawl.

"Saya menjualnya kepada kawan-kawan di pejabat."

"Habis kesemuanya 5 helai dijual kepada kawan-kawan."

"Lagi 5 helai jual kat mana pula?"

"5 helai lagi saya pakai sendiri. Sayang pula nak jual. Cantik sangat."

"Selepas ini saya bercadang nak hantar lagi kain untuk jahit shawl".

"Kak Ros mesti ambil tau."

"InshaAllah boleh tetapi mesti tunggu lepas raya"

Itu kisah salah seorang pelanggan saya. Begitu berminat sekali berniaga shawl.

Ramai lagi yang menghantar message kepada saya untuk projek selepas hari raya ini. Awal-awal lagi dah booking. Nampaknya selepas hari raya ini, sibuk lagilah saya menerima tempahan menjahit. Ada yang hendak datang sendiri ke rumah untuk berbincang, ada yang menelefon dan kebanyakan menghantar message melalui whatsapp, sms dan email. Semuanya projek menjahit selepas hari raya ini.




Selepas hari raya banyak kerja yang menunggu. Mulai minggu depan saya akan bercuti panjang. Hari sabtu ini akan bertolak pulang menyambut hari raya di kampung.

No comments:

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018