Saturday 5 April 2014

Tempahan Baju Menyusu

dress menyusu dengan bukaan inner di kiri dan kanan

dress menyusu dengan bukaan hadapan dari zip sorok 16 inci

Bila sudah berkahwin dan dapat anak selalu yang difikirkan adalah bagaimana nak bergaya tetapi dalam masa yang sama tidak menganggu proses penyusuan kepada bayi terutamanya semasa berada di luar rumah.

Jalan terbaik adalah dengan memakai pakaian yang sesuai untuk menyusu walau di manapun berada. Pakaian yang dipakai inilah yang dipanggil pakaian menyusu atau baju menyusu atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'nursing cloth' atau 'breastfeeding cloth'. Kalau jenis pakaian tersebut adalah jubah dipanggil jubah menyusu, kalau blouse dipanggil blouse menyusu dan lain-lain lagi.

Untuk mendapat pakaian menyusu yang sesuai memang susah terutamanya selepas bersalin kerana bentuk badan kita yang berubah. Tidak banyak pilihan terutama di kedai-kedai yang menjual pakaian. Idea yang terbaik adalah dengan membuat tempahan dengan tukang jahit.

"Kak Ros, saya dah puas cari tukang jahit kat Bangi ni, semua dah tak nak ambil tempahan. Nasib baik Kak Ros masih ambil tempahan. Saya nak tempah nursing dress 2 helai"

Tempahan baju menyusu dari pelanggan saya ini adalah dari jenis dress dengan bukaan menyusu di hadapan. Mempunyai satu butang pada leher baju  dengan pelapik dalam atau inner dengan bukaan menyusu di kiri dan kanan. Inner dijahit terus dengan baju dan boleh diselak dengan mudah apabila hendak meyusu di sebelah kiri atau pun sebelah kanan. 

Untuk tempahan dress menyusu yang kedua pula jenis bukaan menyusu adalah menggunakan zip sorok 16 inci di hadapan. Mudah dibuka ketika hendak menyusu dengan menarik sahaja zip ke bawah dan sesuai dipakai dengan tudung labuh.

Pemilihan bukaan menyusu bergantung kepada pilihan pelanggan untuk keselesaan menyusu dan juga untuk mengepam susu dengan selesa ketika berada di tempat kerja. Keselesaan kepada bayi juga perlu diambil kira supaya bayi merasa aman, tenang dan selesa ketika menyusu sambil melihat mata kita yang jernih. 

Dengan memakai pakaian menyusu yang sesuai ibu juga boleh bergaya dengan baju menyusu yang cantik. Penampilan diri perlu diutamakan walaupun mempunyai anak yang kecil dengan banyak pilihan fesyen terkini.

Dengan baju menyusu yang pelbagai sekarang tidak ada lagi alasan untuk ibu-ibu berhenti berhenti menyusu dengan alasan susah dan rasa malu hendak menyusukan bayi ketika berada di luar rumah. Dengan menyusu, perasaan kasih sayang yang berpanjangan akan wujud antara ibu dan anak. Jadi jangan abaikan penyusuan kepada bayi sepanjang masa walau di mana sahaja kita berada. Buatlah tempahan baju menyusu yang sesuai dengan diri kita supaya kita selesa dan begitu juga dengan bayi kita.

No comments:

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018