Saturday 24 August 2013

Jahit Lencana Sekolah

Selain menjahit pakaian seperti baju, langsir dan tudung, tukang jahit juga kadang-kadang menerima permintaan untuk menjahit untuk kerja-kerja sampingan lain.

Kerja-kerja sampingan inilah sebagai pendapatan tambahan kepada tukang jahit. Antaranya seperti tukar awning tudung, jahit awning tudung, jahit tepi halus, jahit tepi tudung, jahit tepi shawl, tukar zip seluar, tukar zip baju kurung, jahit sarung kusyen, repair seluar, potong kaki seluar, potong kain labuh, jahit cadar, jahit lubang butang, jahit sarung bantal, jahit lencana dan banyak lagi. 

Kerja-kerja ini walaupun nampak remeh dan kecil tetapi cukuplah untuk belanja dapur, duit saku anak sekolah dan mungkin juga untuk bayar bil-bil tertentu. Kalau kita perhatikan di kedai-kedai tertentu seperti kedai mamak, di kaunter bayaran mereka mesti ada jual rokok, top up hotlink, gula-gula dan lain-lain. Nampak seperti tak seberapa tetapi bolehlah bayar bil-bil yang kecil. Tukang jahit pun mesti pandai mencari pendapatan sampingan.

Kali ini saya nak ceritakan berkenaan jahit lencana sekolah. Jiran-jiran yang sibuk atau murid-murid sekolah sendiri memang mencari tukang jahit untuk menjahit lencana sekolah. Cara jahitnya sangat mudah.

Kalau menjahit pada tudung terus pasang benang putih dan jahit lencana pada tudung. Siap.

Kalau menjahit pada poket baju, kena buka dulu (tetas) poket. Kemudian jahit lencana pada poket dan jahit semula poket pada baju. Siap. Tak sampai pun lima 5 minit.

Gambar di bawah adalah lencana sekolah untuk Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar baru Bangi.

lencana sekolah

lencana siap dijahit pada poket







No comments:

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018