Wednesday 31 July 2013

Berbuka Puasa Di Luar Rumah

Selesai berbuka puasa

Sedap tak?

Bubur lambuk

Artis jemputan - Kumpulan Alif

Bukan di hotel atau restoran tetapi di majlis berbuka puasa pejabat suami. Saya dan anak-anak tumpang la sekali. Tak payah nak pergi pasar ramadan. Tak payah nak masak. Jimat masa. Ada persembahan artis pula tu sementara nak tunggu berbuka. Tak adalah jemput Siti Nurhaliza atau Ainan Tasneem atau Najwa Latif. Tentulah kumpulan nasyid. Kumpulan Alif yang buat persembahan. Petang tadi ada tazkirah oleh ustaz tapi bukan Ustaz Azhar Idrus tetapi  ustaz dari USM.

Resepi macam biasalah ada kurma, air sirap bandung, bubur lambuk, kuih muih dan nasi bersama lauk pauk.

Yang penting bukan nak makan sangat tapi nak jumpa kawan-kawan. Untung-untung dapat customer baru. Memang dah dapat pun. Masa sembang-sermbang ada dah yang nak buat langsir. Ada juga yang nak buat tudung. Apa-apa pun tunggu la lepas raya. Sekarang tak layan. Yang dok ada pun banyak lagi yang tak siap. Raya dah tinggal lagi seminggu. Itulah tujuan bersosial.

No comments:

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018